Kemudahan awam Bukit_Mertajam

Gereja St. Anne yang bersejarah terletak di Bukit Mertajam. Gereja ini dibina pada 1846 oleh paderi Adolphe Couellan yang didedikasikan kepada Saint Anne.

Hospital Bukit Mertajam terletak di Jalan Kulim. Hospital Pakar Bukit Mertajam terletak di Jalan Manggis.[2] Pejabat Jabatan Agama Islam Bukit Mertajam terletak di Jalan Sungai Rambai. Untuk agama Buddha, tenpat ibadat dan juga pusat perniagaan kaum Cina yang terkenal di Bukit Mertajam merupakan Pek Kong Cheng di Pekan Bukit Mertajam.[3]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam yang ditubuhkan pada 18 Januari 1927 ialah salah satu sekolah yang tertua di Malaysia. Beberapa tokoh penting bersekolah di sini seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Wira Lee Chong Wei, pemain badminton nombor satu negara juga berdiam di sini (lahir di Bagan Serai)[4] dan merupakan bekas pelajar bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit.

Sekolah Tinggi Jit Sin yang merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia juga terletak di Bukit Mertajam. Bukit Mertajam juga merupakan kawasan tumpuan pelancong.Kampung Cherok Tok Kun di Bukit Mertajam merupakan kampung asal mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) setelah dipecat, iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.

Alma di Bukit Mertajam merupakan sebuah kawasan yang sedang berkembang maju di Bukit Mertajam. AEON Bukit Mertajam Mall juga terletak di kawasan ini dengan Tesco di sekelilingnya. Tempat reakreasi di Bukit Mertajam merupakan Taman D.o. dan Hutan Lipur Bukit Mertajam.

Rujukan

WikiPedia: Bukit_Mertajam //scholar.google.com/scholar?q=%22Bukit+Mertajam%2... //www.google.com/search?&q=%22Bukit+Mertajam%22+si... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Bukit... //www.google.com/search?q=%22Bukit+Mertajam%22&tbm... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Bukit+Merta... http://www.loinfocentre.com/component/content/arti... http://penangmonthly.com/a-sky-of-stars-penang-shi... http://www.world-gazetteer.com/wg.php?x=&men=gcis&... http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2009/6... http://mpsp.gov.my